Friday, June 25, 2010

~death bY chocolate cake~


kata incik mat.... yg ni lebih mengiurkan.... haha

salam di malam minggu yg agak mengantuk.... hehe
taraaaaa.... gambar diatas... projek petang tadi....
boring2 tak tahu nak buat apa..... rempit kat blog kenkawan....
terjumpa lah resepi yg title nya agak mengerikan ibu..... di blog CMG... lelaki melayu terakhir abad ini... ahakssss...
sebelum niii rasanya pernah nampak ada beberapa kenkawan yg buat dah kek niii.... ika bangkok antaranya....
mmg dah tergoda dah masa tu.....
tapi dek kerana penyakit M..... pendam kan dulu....

hari niii tetiba rajin nak buat.....
bukan nya susah pun.....
sgt simple ja..... rasanya.... perghhhhhhhhhhh sgt lah mabeles....
sedeppp bangattttttt.....
resepinya pulak.... guna cawan...... tak yah guna timbang2 bagai kan.....
suka... suka.... suka......

seperti biasa.... Cik Mat.... akak mintak izin ya...halal ya..... CnP resepi cik mat kat sini pulak.....
tima kasihhhhh.....

 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan mentega, dicairkan
3 biji telur, grea A
1 3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 cawan serbuk koko*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan dan diayak)
1 cawan air panas mendidih
1 cawan susu cair (mat guna jenama "Ideal") {ibu lak guna susu coklat DUTCH LADY}
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam

BAHAN GANACHE :-)
300 g coklat masakan*
1 camca teh mentega*
3 - 4 camca besar susu cair*(*satukan dan masak dengan kaedah double-boiler hingga coklat cair, kacau rata dan boleh digunakan)

BAHAN HIASAN :-)
Strawberry secukupnya {ibu tak guna ni.... }
Chocolate curls secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanilla dan putar rata. Masukkan susu, garam dan mentega cair tadi, kacau rata.
  2. Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kaedah kaup balik, hingga sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata, tuang dalam "bundt pan" berukuran 10 inci yang telah dilenser..boleh lihat contoh di sini....
  3. Bakar pada suhu 160C selama 50 - 1 jam atau hingga masak. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan chocolate ganache, chocolate curls dan strawberry. Boleh dihidangkan.
  4. Nak pesan, jika bakar guna tin aluminiun biasa, alas dasar tin dengan kertas minyak dan sapu dengan sedikit mentega dan bakar suhu pada 175C. Kalau guna tin yang warna hitam, guna suhu seperti yang disyorkan dalam resipi, 160C...Selamat mencuba!.

2 comments:

  1. Salam kak! nak jilat2 ganache dia tu,mmg best kek ni kita udah jatuh cinta :D

    ReplyDelete
  2. salam dinda.... hehe.... meh jilat same2.... sedap bangat ika.... thank ya resepi...
    muahhhh ika n cik mat.....
    opssssssss

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...