Friday, July 02, 2010

*sago pearl pudding*

assalamualaikum..
hari jumaat yg mulia dan sejuk....
ishhh pagi2 sejuk2... dok sorang2 pulak... tidur best niii... hehe
tapi mata tak mau lena laa pulak.... :(

dah masuk julai rupanya..... 20 rejab dah hari ni.... sekejap ja masa berjalan....
selamat menunai kan puasa rejab kepada kawan blog yg berpuasa sunat bulan rejap....
kalau sebut puasa ja..... mesti nak ada puding... manisan utk berbuka kannn...
bulan julai nii... ibu rasa happy sgt....
bukan apa.... bulan nii....
adik ipaq (adik suami) yg dok kat saudi tu nak balik for gud dah....
happy lah.... boleh kumpul ramai2 bila balik kg....
selalu nya.... semua org ada.... acik CT tak ada.... sedih dan syahdu ja rasanya.... :((



bulan ni juga.... ibu nak dapat anak saudara baru..... hehe...
tak sabar rasanya...
baby yg ditunggu2 oleh semua org....
 
ini lah abg ipar ibu.... anak2 panggil depa.. abah lang N mak lang

dah 7 tahun depa nikah... (kalau tak salah ibu)... baru sekarang ada rezeki.... alhamdulillah....
harap semua selamat lah nanti.... aminn...

aihhhh panjang laa pulak N3 pagi niii... ok2 dipendekkan cerita..... nak share resepi yg sedap sebenarnya... 
SAGO PEARL PUDDING oleh CIK MAT GEBU... cik mat pun dapat dari "GERT"
resepi yang senang.... mudah.....  
mintak izin yaa cik mat.... akak 'cilok @ rembat' (bahasa manisnya)
cNp kat sini...... terima kasihhh cik mat gebu..... ^ ^

Bahan-Bahannya :-)
20 g serbuk agar-agar
1 liter air
300 g gula pasir
3 helai daun pandan, disimpul
100 g biji sagu rumbia
250 ml santan
Pewarna merah, hijau dan kuning (atau ikut kegemaran)

Cara membuatnya :-)
  1. Redam biji sagu rumbia selama 2 jam, kemudian rebus dalam air mendidih hingga biji sagu jernih. Tuang dalam tapis dan cuci bawah air mengalir untuk membuang kanji dan mengelakkan biji sagu melekat antara satu sama lain.
  2. Bagi2kan biji sagu tadi kepada 6 bahagian yang sama banyak. Tiga bahagian dibiar pada warna asal, dan 3 bahagian lagi diberi warna hijau, merah dan kuning. Ketepikan.
  3. Tuang air dalam periuk, masukkan gula, serbuk agar2 dan daun pandan. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan dan kacau hingga rata. Kecilkan api.
  4. Ceduk 200ml agar2 tadi, masukkan satu bahagian sagu tanpa warna, kacau rata menggunakan garfu dan tuang dalam bekas berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah dibasahkan dengan sedikit air. Biar keras sedikit dan kelar2 permukaannya dengan pisau.
  5. Cedok 200ml agar2 lagi dan gaulkan bersama sagu bewarna hijau, kacau dengan garfu hingga rasa dan tuang perlahan atas lapisan pertama yang hampir mengeras tadi. Biar keras sedikit sebelum proses seterusnya.
  6. Tuang secara berselang seli sehingga menjadi lapisan no.1 = putih, no.2 = hijau, no.3 = putih, no.4 =kuning, no.5 = putih dan no.6 = merah. Biar sejuk, kemudian simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, sebelum dikeluarkan dari acuan....selamat mencuba semuaa!!!
~~


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...