Monday, January 31, 2011

kue kacang

salam...
hari ni teringin nak makan kuih kacang....pagi2 ibu pun dah rendam kacang hijau...
tengok resepi dari homepage hanie liza.... :)
chef yg femes tuu.... :)
terima kasih kak liza yaa.......
mintak izin share resepinya kat sini yaa.... terima kasihhhh :)


KUIH KACANG HIJAU

Bahan

1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum 

** daun pandan 2 helai dan secubit garam (yg ni ibu tambah)

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur ~ (ibu tak letak)
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.

1 comment:

  1. Salam kunjungan.. blog menarik.. singgah la ke blog saya ;)

    http://www.zuwairiaiman.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...